Tuesday, October 20, 2009

Pertandingan Street Soccer Anjuran Kelab Rakan Muda Rompin Dengan kerjasama Persatuan Belia 4B Caw. Muadzam Tengah



Buat pertama kalinya, program Street Soccer 3-on-3 diadakan di Muadzam Shah. Program anjuran bersama ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat baru dalam sukan ini disamping beramah mesra sesama ahli persatuan dan ahli kelab.



Salah seorang dari crew Rakan Muda sedang menyapu pasir untuk mengelakkan pemain dari sebarang malapetaka kecederaan yang serius. Main atas kawasan tar nie beb, abis tue nama pun street soccer kan.. takkan main atas carpet pulak...




Sebahagian dari pemain sedang menunggu giliran untuk menunjukkan aksi masing masing...




Wakil dari Belia 4B Caw. Muadzam Tengah, En. Hamdan enggan memberikan pose istimewa buat cameraman kerana memberi komitmen yang penuh terhadap tugas yang diamanahkan.. Chewahhh....



"Macam nie kalau nak posing En. Hamdan", kata En. Rizal dalam hatinya. En. Rizal merupakan Penggerak Rakan Muda Parlimen Rompin...


Crew2 dari Rakan Muda sedang bersiap sedia menjalankan tugas masing2...





Pertembungan sengit antara pasukan Muadzam Tengah 'A' dan pasukan Thailand FC tajaan En. Talib Restoran Sri Putri...




Gajah sama gajah bertembung, kancil mati di tengah-tengah... tapi pelik sebab kancil nie senyum jer...



Barisan penyokong yang tak jemu jemu memberi sokong kepada pasukan masing masing... menonton sambil mengkritik..




Perbincangan hangat antara penganjur demi memastikan mutu sukan Malaysia di tahap yang membanggakan. Dari kiri : En. Syed Jefri (Muadzam Tengah), En. Anazem (Pegawai Belia & Sukan Daerah Rompin), En. Rizal (Penggerak Rakan Muda Parlimen Rompin) dan En. Muhammad Fadly (Penyelia Pusat Siber Rakan Dan Kegiatan Rakan Muda Rompin).


Pasukan yang layak ke separuh akhir 1... Real Mardi FC (Merah) dan Uniten FC (HItam)..



Pasukan yang layak ke separuh akhir 2... Boyan FC (Maroon) dan Sri Putri FC (Purple)...



... dan akhirnya pasukan yang layak ke final Street Soccer 3-on-3 adalah Uniten FC dan Sri Putri FC dan kemenangan berpihak kepada Sri Putri dengan 2-0...


En. Anazem menyampaikan hadiah berupa cenderahati kepada ketua pengadil En. Zulkifli...




En. Nazri selaku ketua pasukan mewakili Real Mardi FC menerima hadiah berupa medal dan wang tunai RM100.00....


Pengurus pasukan Boyan FC, En. Azizi menerima hadiah medal dan wang tunai RM200.00 selaku pemenang tempat ke-3...



Satu satunya wakil dari UNITEN, Uniten FC berjaya menjadi naib johan dan membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM300.00...



Pasukan Juara Segala Juara, Sri Putri FC yang diwakili oleh pemilik pasukan, En. Talib naik ke podium untuk menerima hadiah berupa tiket penerbangan 1 minggu ke destinasi pilihan, sebuah kondominium di Sri Hartamas, sebuah kereta Ferrari Enzo, satu dulang barang kemas dari emas tulen tajaan POH KONG, barang perhiasan diri tajaan HABIB JEWELS, barangan elektrik tajaan SHARP, hamper kanak2 dari ANAKKU, medal berukir emas 66 karat dan bertatahkan berlian dari negara konflik Sierra Lione dan sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Barack Obama... Sungguh lumayan yer.... HEhehe, padahal dapat medal nagan duit RM400.00 jer...hehheh



Selesai sudah acara... pasukan CRews dan En. Anazem mengambil foto tanda kenangan. Dari kiri(berdiri): Wan, Jeff, Hakim Rambo, Boxboy, Big Boss Anazem, Lie Butek, Medan, Jamali Gigi, Tahir Budget Hensem, Herman Macha dan One_K. Duduk dari kiri: Rizal Hero dan Miezam Anding.


POSER FREESTYLER!!!!!!

1 comment: