Monday, December 7, 2009

Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah



Pada hari Ahad bersamaan 06 Disember 2009, Gerakan Belia 4B Cawangan Muadzam Tengah bersama sama Kelab Rakan Muda Rompin, Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd., Belia 4b Cawangan Muadzam Shah, Majlis Desa Desa, MARDI, Pejabat Agama Islam Muadzam Shah, PPU UMNO Bahagian Rompin dan UNITEN telah menganjurkan program gotong royong bertempat di tanah perkuburan islam Muadzam Shah. Program gotong royong ini bertujuan membersihkan kawasan sekeliling tanah perkuburan dan meningkatkan prasarana dan infrastruktur kawasan ini seperti penambahbaikan sistem pengairan kawasan ini. Program bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pukul 12:00 tengahari. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga Allah S.W.T sajalah yang dapat membalas jasa anda semua.



En. Syaiful (Penggerak Belia) sedang menebas belukar.



Penambahbaikan sistem saluran peparitan sedang dilakukan.



Pembuangan sampah sarap dilakukan oleh pihak Teras Dara Konsortium.



En. Rizal (Penggerak Rakan Muda) dan En. Hilmi Yusri sedang membersihkan kawasan perkuburan.



En. Hakim dan En. Saiful Azril sedang bersiap melakukan persediaan untuk membaikpulih mesin bush-cutter bagi memotong rumput.



En. Amri dan En. Rizal sedang menunggu pembaikpulihan mesin bush-cutter.



En. Muhamad Fadly bersama pelajar UNITEN sedang melakukan 'finishing touch' pada bahagian longkang yang telah diatur.


Sekumpulam pelajar dari UNITEN sedang mengatur longkang untuk disemen.



Pelajar pelajar UNITEN yang begitu 'artistik' sekali.

No comments:

Post a Comment